Amlife Style

Thursday, 7 April 2011




Salam Semua.

Di sini saya ingin memperkenalkan satu produk simpanan pelaburan daripada AMbank yg dikenali sebagai AMlife Style. Kalau dalam bahasa omputih simpanan pelaburan nie dikenali sebagai "Investment Link Product". Ini bermaksud, menyimpan sambil melabur dan layak untuk mendapat faedah-faedah tambahan yang AMbank berikan.




Apa itu AMlife Style?
Mesti anda nak tau kan apa itu AMlife style. Ok, AMlife Style nie adalah satu bentuk akaun simpanan pelaburan macam ASB jugak. Jadi apa bezanya AMlife Style nie dengan ASB?? Nak tau kena laaa baca sampai habis dulu.



 
Bebalik kepada AMlife Style, produk nie memberikan pulangan pelaburan yang lumayan dan di samping itu memberikan perlindungan kepada para pelabur/penyimpan jika terjadi sesuatu musibah yang tak diingini.  Ini kerana AMlife Style nie didatangkan dengan faedah perlindungan Insurans kepada para pelabur/penyimpan. Jadi ini adalah salah satu perbezaan antara AMlifestyle dengan ASB. Tapi bukan itu saja, banyak lagi faedah-faedah yang anda akan dapat jika melabur/menyimpan dengan AMbank memlalui produk AMlife Style nie.


Plan AMlife Style nie berjalan selama 7 tahun, tetapi memerlukan komitmen hanya selama 6 tahun. Sebabnye bila masuk tahun yang ke-7 pelabur/penyimpan boleh mengeluarkan semua simpanan termasuk dividen. Tapi kalau nak teruskan lagi pon boleh takde masalah.


Siapa yang layak untuk memohon plan nie??

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yg berumur daripada 30 hari hingga 60 tahun. Warga
asing juga boleh memohon tetapi ada syarat2 tertentu yang perlu dipenuhi.  Kalau umur lebih boleh lagi ker masuk plan nie?? minta maaf banyak-banyak lepas 60 tahun dah tak layak. Jadi, pohon lah selagi anda masih layak memohon ;)

Umur Minima Memohon (Ibu/Bapa sebagai pemegang  akaun)
30 hari
Umur Minima (pemegang akaun persendirian)
18 Tahun
Umur Maksima yang layak memohon AMlife Style
60 Tahun
Jangkamasa
1-99 Tahun






Macam mana plan nie beroperasi??
Plan AMlife Style nie bermula dari simpanan pelaburan serendah RM2,000.00 setahun, dan tiada had maksima. Nak simpan banyak mana pon boleh, tapi pastikan anda komited selama 6 tahun dengan jumlah simpanan yang sama. Ini bermaksud jika anda menyimpan sebanyak RM2,000.00 setahun, tahun ke-2, ke-3 hingga tahun ke-6, anda perlu menambahkan jumlah simpanan anda sebanyk RM2,000.00 setiap tahun selama 6 tahun.

Seperti simpanan di ASB juga, wang simpanan anda ini masih boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tapi dalam jumlah yang tertentu. Tapi nasihat saya, jika inginkan pulangan yang tinggi tak perlulah keluarkan kecuali benar-benar terdesak. Dengan cara ini akan mendisplinkan anda untuk menyimpan dan mendapat pulangan dividen yang lebih.

Ok, Selepas anda dah buat keputusan jumlah simpanan tahunan yang anda ingin simpan. Anda perlu memilih dana yang ditawarkan bagi tujuan pelaburan. Ada 8 dana yang ditawarkan dalam plan AMlife Style nie, dana-dana tersebuat adalah seperti:

  • Dana Teguh
  • Dana Ekuiti
  • Dana Balanced
  • Dana Amaosis
  • Dana Bond
  • Dana Global Agribusiness
  • Dana Global Emerging Market
  • Dana Precious Metal
  •  
Setiap dana nie memberikan pulangan yang berbeza-beza mengikut pasaran semasa dana-dana tersebut. Untuk pengetahuan, simpanan ASB pun sama jugak dilaburkan pada dana, tapi hanya pada satu dana iaitu dana Ekuiti.

kalau nak tengok dana-dana yang ditawarkan oleh AMlife Style nie secara terperinci boleh klik dekat link bawah nie. Harga semasa dana-dana yg ditawarkan juga ada untuk semakan setiap hari.

Pulangan atau Dividen 

Dah labur mesti laa nak tau berapa pulangan yang akan anda dapat kan??  secara jujurnya saya tak boleh beri angka yang tepat untuk pulangan yang bakal anda terima. Ini kerana pulangan yang bakal anda terima adalah bergantung pada dana yang anda pilih iaitu daripada 8 dana di atas dan juga bergantung pada pasaran semasa. kalau tahun lepas (2010) pulangan yang diberikan oleh ASB adalah 8.75%. Tapi rekod pulangan pada tahun 2010 untuk dana-dana bagi plan AMlife Style nie saya boleh berikan seperti dibawah dan anda bezakan sendiri ya.


Dana
Pulangan tahun 2010
1
Dana Teguh                     
21.98%
2
Dana Ekuiti                     
34.43%
3
Dana Balanced                
22.91%
4
Dana Amaosis                  
26.76%
5
Dana Bond                             
3.74%
6
Dana Global Agribusiness   
Dana Baru
7
Dana Global Emerging Market            
Dana Baru
8
Dana Precious Metal                     
Dana Baru
    Sebagai contoh jika dana yang anda pilih pada tahun 2010 adalah dana Ekuiti, jadi pulangan anda adalah 34.43% berdasarkan jumlah simpanan yang anda simpan. 






    Ok, kalau kita lihat dari link di atas. Simpanan/Pelaburan yang dibuat oleh penyimpan/pelabur bernombor polisi 000342857 adalah sebanyak RM60,000.00 bermula pada 23 Febuari 2009. Tuan punya polisi ini memilih 2 dana bagi pelaburan beliau iaitu dana Ekuiti sebanyak 50% dan dana Balanced sebanyak 50%.

    Ok, Sekarang klik link dibawah pula untuk lihat pulangan yang diterima oleh penyimpan/pelabur. Simpanan pelaburan ini di buat sehingga 15 Oktober 2010, kira-kira 1 tahun 8 bulan. Dengan simpanan pelaburan sebanyak RM60,000.00 beliau menerima jumlah terkumpul sebanyak RM81,678.13. Bermakna pulangan bersih yang beliau terima adalah sebanyak RM21,678.13 dengan meyimpan/melabur hanya selama 1 tahun 8 bulan :)

    Faedah Tambahan

    Ok, setakat nie harap tuan-tuan dah faham laa yer tentang simpanan dan pelaburan dengan plan AMlife Style nie. sekarang nie saya nak bagi tau pulak faedah tambahan jika anda menyimpan/melabur dengan AMlife Style nie.
    1. Bila anda menyimpan/melabur dalam plan nie anda layak menerima faedah insurans hayat lebih kurang 50 kali ganda dari nilai simpanan anda, tetapi bergantung pada had umur. Sebagai contoh, dengan simpanan minima sebnyak RM2,000.00 setahun anda akan diberikan faedah insuran sebanyak RM100,000.00 

      Contoh Jadual faedah Insuran berdasarkan jumlah pelaburan yg dibuat:


      Contoh Akaun AMlife Style:

      Akaun A : Simpanan Pelaburan sebanyak RM2,000.00 setahun
      Akaun B : Simpanan Pelaburan sebanyak RM5,000.00 setahun

    2. Faedah insuran ini berkuatkuasa dari bermulanya polisi sehingga umur anda 99 tahun atau bilamana anda menamatkan plan ini. Insurans ia meliputi kematian, hilang upaya dan kecatatan kekal dan 36 jenis penyakit kritikal atau berbahaya. bagi kematian dan 36 jenis penyakit kritikal, polisi ini melindungi anda sehingga anda berumur 99 tahun manakala bagi hilang upaya dan kecatatan kekal pula, plan ini melindungi anda sehingga anda berumur 65 tahun sahaja.

                                                                      
      36 Jenis penyakit kritikal yang dilindungi - Klik disini                                                                                                
    3. Anda tak perlu risau dengan tax, ini kerana AMlife Style adalah "free tax" dan telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia. Jadi berapa banyak pulangan yang anda dapat, tak perlulah declare :)                                                                                                                                        
    4.  Tiada had atau kuota untuk simpanan/pelaburan ini, tidak seperti akaun pelaburan yang lain. Dengan AMlife Style anda boleh merancang sendiri jumlah simpanan/pelaburan yang anda inginkan. Tetapi anda dinasihatkan untuk berbincang dengan financial advisor anda bagaimana cara untuk memaksimakan faedah-faedah tambahan yang bakal anda terima dengan jumlah pelaburan yang ingin dilaburkan.

    5. Penukaran dana sebnyak 2 kali setahun secara percuma. Kan ada 8 dana yang ditawarkan dalam plan nie, jadi jika anda ingin menukar dana semasa ke dana-dana yang lain atas faktor dana yang kurang stabil atau sebagainya. 2 kali penukaran secara percuma diberikan pada setiap tahun.

    6. Pengeluaran masih boleh dibuat macam ASB jugak, tapi bergantung pada jumlah yang tertentu seperti di dalam jadual di bawah dan jumlah baki minima didalam akaun mestilah tidak kurang daripada RM2,000.00:

      Tahun
      1
      2
      3
      4
      5
      6
      7
      Jumlah Pengeluaran
      50%
      55%
      75%
      75%
      95%
      95%
      100%


    7.  Bagi penambahan pula, deposit masih boleh dibuat seperti akaun simpanan biasa, tetapi penambahan minima simpanan mestilah dalam gandaan RM50.

    8.  Bagi penambahan atau penukaran waris pula, tiada bayaran yang dikenakan. Anda cuma perlu isi dan lengkapkan borang penukaran waris sahaja.

    9. Kelebihan buku polisi yg bakal anda terima pula boleh digunakan sebagai cagaran jika anda mahu memohon pinjaman daripada bank. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan "Net Fund Value" polisi semasa anda.

      Contoh buku polisi yg bakal anda terima apabila menyertai Amlife Style:

      Belakang buku Polisi

    10. Satu lagi kelebihan apabila menyimpan/melabur dalam AMlife Style nie dan mungkin plan pelaburan lain tidak tawarkan. Bilamana berlaku kematian ke atas pemegang polisi Amlife Style nie, akaun pemegang polisi tidak akan dibekukan seperti sesetengah plan pelaburan lain. Waris hanya perlu bawa buku polisi pelaburan dan bukti kematian ke Ambank, dan Ambank akan membuat pembayaran kepada waris. Jadi ini tidak akan membebankan waris, ini kerana bagi sesetengah plan pelaburan lain akaun akan dibekukan dan segala hutang simati akan ditolak terlebih dahulu sebelum bakinya dibayar kepada waris. Itupun jika ada baki lebihan, jika kurang waris pula yang perlu membayar lebihan hutang2 tersebut.

    11. Macam mana pula kalau pemegang polisi AMlife Style nie namanya diblack list atau diisytiharkan bangkrupt? xperlu risau, plan AMlife Style nie masih boleh berjalan seperti biasa dan akaun tidak akan dibekukan seperti sesetengan plan pelaburan yang lain. Pengeluaran dan deposit masih boleh dijalankan seperti biasa tanpa sebarang masalah.


    Bagaimana ingin memohon plan Amlife Style?
    Jika anda ada sebarang pertanyaan atau berminat nak memohon plan pelaburan ini, anda boleh emailkan terus pada saya atau buat temujanji untuk penerangan yang lebih jelas :)




    __________________________________________________
    *Hak cipta terpelihara. Sebarang muat turun atau plagiat daripada blog ini adalah dilarang sama sekali. Pemilik blog tidak bertanggungjawab di atas salah guna atau apa jua bentuk salah laku hasil daripada muat turun tanpa kebenaran dari blog ini.